Mama
Ketabahannya mengagumkan
Kesedihannya ditelan
Kepayahannya diredhai
Mama
Sekejam manapun anaknya menyakiti
Masih tabah mengharungi
Masih tetap menyayangi
Masih utuh mengasihi
anak-anaknya..
Mama
Semiskin manapun
Tetap berusaha mencari rezeki
Demi sesuap nasi
Untuk anak-anak yang dikasihi
Tapi Mama..
Setiap pengorbanan Mama
Tidak dihargai
Malah tidak dipeduli
Yang lebih dasyat, dihina lagi
Mama..
Aku mengerti perasaanmu
Walaupun aku masih kurang
Tapi aku sedar akan kasih sayangmu
Mama
Jika seorang anakmu menyakitimu
Mama masih punyai aku
Seorang anak yang yakin
akan doa-doamu.
Mama
Tahukah mama
bila anakmu membaca mesej
berintikan cacian
anakmu turut menangis?
Anakmu yang seorang ini
turut merasa kesakitanmu
Lalu berazam untuk membahagiakanmu
setiap hari
Mama
hanya tinggal sedikit masa lagi
Walaupun anakmu tidak mampu membalas jasa
sepertimana jasa Mama melahirkanku
sehinggalah anakmu berjaya menamatkan ijazah,
pada hari ini.
Mama
Allah itu Maha Melihat
Allah itu Maha Mengetahui hati setiap hambaNya
Subhanallah..
Mama.
Doakan yang terbaik untuk anakmu
Aku berjanji akan membahagiakannmu
Bukan dengan wang ringgit semata-mata
InsyaAllah..dengan curahan kasih sayang
Mama
Anakmu ini sentiasa ada untuk berkongsi rasa
Kerana bagiku, Mama ibu terhebat
Yang pernah aku ada
Kepada Allah kita berserah.
I LOVE YOU MAMA.
Originally by: naliazareim|2012
No comments:
Post a Comment